Jumaat, Disember 03, 2010

8 dis 2010

beberapa hari lagi usia aku akan genap 23 tahun. hurm rase mcm baru semalam aku lahir di dunia ni. sekejap betul masa berlalu. masa mematangkan usia. aku harap dengan nombor keramat 23 ini hidup aku akan sentiasa di selubungi kebahagiaan dan kegembiraan. 


kalau dulu mase zaman skolah aku. pas ti ibu akan membuat kejutan dengan membeli kek dan hadiah buat aku. sangat seronok di waktu itu. tatkala pulang dari sekolah aku lihat ade kotak di atas meja. aku belek kad yang ade di atas kotak tersebut. ternyata ianya untuk ku. lantas aku membukanya. sepasang kasut berwarna putih. 


waktu itu aku sangat menggemari warna putih. pada aku putih itu suci. sehari suntuk aku memakai kasut itu. sayang nk buka. ibu balik kerja je aku terus peluk ibu dasn mengucapkan terima kasih. 


itu cerita 15 tahun dulu. sewaktu zaman kanak-kanak aku. kini tiada lagi kejutan-kejutan seperti itu. kerana aku sekarang adalah wanita dewasa. terkadang terdetik juga dihati kiranya orang yang tersayang membuat kejutan seperti itu. pasti seronok hidup aku. 


tapi aku tak mengaharapkannya lagi. aku tahu aku tak kan dapat merasakan kejutan-kejutan itu lagi. xpe lah. biar aku saje yang meraikan ulang tahun ku sendirian. tak perlu orang lain meraikannya.


kalaulah dapat, aku nak meraikannya di kampung. bersama ibu dan ayah. kerana 7/12/2010 ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 24. aku pula 8/12/2010 ulang tahun kelahiran aku yang ke 23.kuasa tuhan ye. aku boleh keluar menjenguk dunia ni bersebelah tarikh orang tua ku menikah. tapi beza setahun okey. nk jugak menuntut mcm ne care nk bagi tarikh bufday anak kite sama or hampir ngan bufday kite. or aniversary kite ke kn. beru la seronok.


ok la sampai sini dulu catatan aku. see u'll next time.


XOXO

Tiada ulasan: